Permainan Wayang Kulit merupakan salah sejenis hiburan tradisional yang amat popular di Kelantan pada masa lalu. Seni pesaka turun-temurun ini mempunyai keunikan dari segi persembahan dan alunan muzik pengiringnya. Kumpulan wayang kulit memerlukan sekurang-kurangnya lapan orang anggota, iaitu dalang, dalang muda, pemain gedut anak, pemain gedut ibu, pemain gendang anak dan ibu, pemain gedombak (2 orang), pemain canang, pemain kisi, peniup serunai, dan pemain gong (ketawak).
Biasanya, permainan ini dipersembahkan di sebuah bangsal khas yang dibina daripada batang pinang, buluh, dan atap pokok sagu. Sebidang kain layar dan lampu diperlukan untuk menayang patung-patung (watak) wayang kulit. Dalang adalah orang penting dalam kumpulan wayang kulit. Dialah ketua dan pengurus kumpulan. Dalang sememangnya seorang yang hebat kerana dia boleh membuat banyak suara untuk pelbagai watak. Cerita dalam wayang kulit diselitkan dengan lawak jenaka. Tidak lengkap persembahan wayang kulit, jika tidak ada watak jenaka. Pak Dogol, Wak Long, Samad, Diah, Said, Kadir, Eteng, dan lain-lain merupakan watak-watak jenaka wajib dalam persembahan wayang kulit. Persembahan wayang kulit tidak akan berseri dan meriah, jika watak-watak ini tidak diwujudkan. Permainan wayang kulit dikatakan bermula dari Sumatera. Namun, ada juga sejarah mencatatkan permainan wayang kulit dibawa ke Thailand dan mulai bertapak di negara itu. Kemudian berkembang ke negeri Kelantan. Pada masa kini, kumpulan wayang kulit sudah hampir pupus di Kelantan. Persembahannya juga jarang dianjurkan. Pihak penganjur tidak berminat lagi hendak mengadakan persembahan ini kerana banyak dihalangi masalah dan modal. Oleh sebab itu banyak kumpulan wayang kulit tidak lagi aktif. Namun, wayang kulit tetap hidup di sanubari pencinta seni kerana keunikannya.
Permainan ini merupakan satu tradisi yang akan diadakan semasa keraian, contohnya majlis perkahwinan. Permainan ini adalah Sepak Manggis. Permainan ini merupakan sejenis sukan tradisiwarisan masyarakat Kadazandusun Tindai dan Bajau. Permainan ini diwujudkan untuk memupuk semangat persaudaraan dan perpaduan kedua-dua masyarakatan tersebut. Selain itu, permainan ini penuh dengan budaya yang telah diadunkan. Sebagai contohnya, dalam majlis perkahwinan, permainan ini akan dimain di satu kawasan lapang yang diadakan berhampiran dengan rumah pengantin. Permainan ini memerlukan satu tiang yang setinggi 25 kaki yang diperbuat daripada buluh. Di samping itu, satu kotak yang dihiasi berwarna-warni akan digantung pada titik tertinggi buluh tersebut dengan diisi penuh dengan hadiah bertunai lumayan yang disedia oleh pengantin lelaki. Selain itu, satu bola yang diperbuat daripada rotan akan ditendang oleh peserta untuk mencapai sasaran, iaitu kotak berwarna-warni itu. Permainan ini akan dimula oleh kanak-kanak, diikuti remaja dan seterusnya orang dewasa. Peserta boleh menendang berkali-kali sehingga mencapai sasaran. Oleh sebab kotak diikat tinggi, maka susah untuk mereka menepati target, jadi permainan ini akan dibuat sepanjang hari.
Kabadi ialah sebuah permainan yang dibentuk dalam permainan tradisional India. permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Asia Tenggara, Jepun dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh, dan juga meluas di Tamil Nudu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India.Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m X 10m (sama dengan separuh daripada gelanggang bola keranjang). Satu pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya. Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang. Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus, salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh melepasi sempadan garisan atau bahagian badan mencecah tanah di luar garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan. Setiap pemain terkeluar, pihak lawan akan mendapat markah. Pasukan yang skor dua mata bonus, yang dipanggil lona, manakala semua pihak lawan akan tersingkir. Pada akhir perlawanan, pasukan yang mengumpul mata tertinggi merupakan pemenang. Permainan adalah berdasarkan kesesuaian umur dan berat. Permainan ini terdiri daripada seorang pengadil dan dua orang pembantu pengadil, seorang penjaring dan dua orang pembantu penjaring.
Yo-yo cina ialah permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan ini dikenal pasti telah wujud sejak Dinasti Ming sekitar tahun 1386 hingga tahun 1644 selepas Masihi. Yo-yo cina tradisional dibuat daripada buluh, dimana ianya mudah patah dan tidak sesuai untuk aksi-aksi lasak. Sesetangah yo-yo cina dimasukkan alat yang menghasilkan bunyi apabila dipusingkan dengan laju. Bunyi ini membolehkan pemainnya mengimbangi kelajuan yo-yo.
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini hanya boleh dimainkan dua orang pemain sahaja pada satu-satu masa. Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".
CARA BERMAIN (1) Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati. (2) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan. (3) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu. (4) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian. (5) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah.