Biasanya, permainan ini dipersembahkan di sebuah bangsal khas yang dibina daripada batang pinang, buluh, dan atap pokok sagu. Sebidang kain layar dan lampu diperlukan untuk menayang patung-patung (watak) wayang kulit. Dalang adalah orang penting dalam kumpulan wayang kulit. Dialah ketua dan pengurus kumpulan. Dalang sememangnya seorang yang hebat kerana dia boleh membuat banyak suara untuk pelbagai watak. Cerita dalam wayang kulit diselitkan dengan lawak jenaka. Tidak lengkap persembahan wayang kulit, jika tidak ada watak jenaka.
Pak Dogol, Wak Long, Samad, Diah, Said, Kadir, Eteng, dan lain-lain merupakan watak-watak jenaka wajib dalam persembahan wayang kulit. Persembahan wayang kulit tidak akan berseri dan meriah, jika watak-watak ini tidak diwujudkan. Permainan wayang kulit dikatakan bermula dari Sumatera. Namun, ada juga sejarah mencatatkan permainan wayang kulit dibawa ke Thailand dan mulai bertapak di negara itu. Kemudian berkembang ke negeri Kelantan.
Pada masa kini, kumpulan wayang kulit sudah hampir pupus di Kelantan. Persembahannya juga jarang dianjurkan. Pihak penganjur tidak berminat lagi hendak mengadakan persembahan ini kerana banyak dihalangi masalah dan modal. Oleh sebab itu banyak kumpulan wayang kulit tidak lagi aktif. Namun, wayang kulit tetap hidup di sanubari pencinta seni kerana keunikannya.
No Deposit Casino Bonus - DrMCD
ReplyDeleteClaim your free 안성 출장마사지 chips when you play 사천 출장샵 slots, poker, blackjack, roulette. Play online slots no deposit bonus 원주 출장샵 at DrMCD 수원 출장샵 - the 동두천 출장안마 #1 Casino Safe & Legit